8:20 AM

Malam Untukmu Palestin di IKIM.FM


Klik disini untuk subscribe supaya anda boleh mendapat update mengenai tudung-tudung yang cun-melecun, hanya di Tudung Cun!!!

Assalamualaikum w.b.t

Baru-Baru ini Siti Khadijah berpeluang untuk pergi ke Malam Untukmu Palestin yang dianjuarkan oleh Stesen Radio - Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM.fm dimana pihak IKIM fm mengadakan malam ini sempena untuk membuat kutipan amal untuk membantu saudara kita yang tersiksa di Palestin. Macam-macam ada daripada jualan jus-jus kesihatan seperti Jus Tok Guru, Produk Ana Edar dan macam-macam lagilah produk kesihatan dan makanan halal. Kain tudung pun ada dijual tapi bukan kepunyaan Tudung Cun punya tau.... InsyaAllah jika ada kelapangan di lain masa, pihak Tudung Cun akan membuka gerai di tempat-tempat seperti ini.

Dari segi persembahan yang diadakan, Siti Khadijah tak berapa perasan sangat sebab tak sempat nak lepak lama kat sini sebab ada hal pulak lepas tu, so lepas daripada bertolak daripada IKIM.fm tu, kami just dengar je dalam radio kerana ia turut disiarkan secara LIVE. Antara acara yg kami perasan ialah rakyat Palestin yg menjadi jemputan khas yang didatangkan direct daripada Palestin. Jadi disini, mereka meluahkan kekejaman yang dilakukan oleh pihak Zionis terhadap penduduk Palestin. Sedih jugak Siti Khadijah mendengar akan keluhan rakyat Palestin ini yang disiarkan secara LIVE oleh IKIM.fm.

Inilah antara gambar yang sempat diambil oleh krew-krew Tudung Cun sempena Malam Palestin ini. Kalau anda ada yang telah pergi ke Malam Palestin pada tempohari, ntah-ntah gambar anda mungkin ada disini...:)











0 comments: